Monday, October 4, 2010

ULASAN FILEM


Filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel yang ditulis oleh Ahadiat Akashah ini memang hebat!!...penuh perasaan dan menyentuh jiwa..saya sudah tiga kali menontonnya tetapi tidak pernah jemu kerana jalan cerita filem ini sangat tidak membosankan dan ditambah pula dengan barisan pelakon yang mantap seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que haidar dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan Kasyah yang dilakonkan oleh Farid Kamil bersama rakan-rakannya, Sapi, Man dan CinCai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana selalu dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap Kasyah telah mula berubah dengan kemunculan pelajar baru iaitu Ayu. Ayu adalah satu-satunya perempuan yang telah berjaya menambat hati kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula setelah dicabar oleh Ayu untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman dan berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu.Azmi hampa apabila cintanya ditolak oleh Ayu dan dia telah merencanakan sesuatu untuk membolehkan bernikah dengan Ayu.Kerana bimbangkan penyakit ibunya, akhirnya Ayu dalam keadaan serba salah terpaksa menerima lamaran daripada Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan, dan sering membelasah Ayu. Pada satu malam, Ayu yang tidak tahan akibat dibelasah teruk oleh suaminya bertindak melarikan diri dengan kereta. Dalam emosi yang tertekan, Ayu telah hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah dan mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini barwajah baru tampil sebagai Emilia.

Ayu/Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an daripada Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa mula mengetahui segalanya tentang Ayu/Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Pada suatu hari, Azmi telah memukul emilia sekali lagi sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri. Akibatnya, Emilia telah hilang ingatan. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagiaan yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama.Ayu/Emilia telah meninggal dunia setelah melahirkan bayi perempuan.

Teknik pengcahayaan yang digunakan agak tidak memuaskan. Contoh yang dapat dikenalpasti kesilapan teknikal oleh krew dan jurugambar yang bartugas ialah dimana gambar kaki krew yang bertugas nampak pada kaca mata hitam yang dipakai oleh Kasyah semasa 'act'.

Saya suka filem ini kerana ia menceritakan sebuah pengorbanan dalam dunia cinta. Lagipun pelakon 'hero' dan 'heroin'dalam cerita ini memang sudah dikenali ramai dan menjadi penguat cerita untuk tontonan peminat mereka. Saya sendiri meminati lakonan mereka! Nampak macam 'real' saja.

Saya rasa cerita ini sesuai untuk tontonan semua lapisan umur dan boleh dijadikan ikhtibar dalam kehidupan kita. Saya tidak sabar untuk menunggu sambungan cerita ini….semoga sambungan cerita yang akan datang lebih gempak daripada sebelum ini…sekian……………

1 comment:

  1. citer ni memang gempak la...saya pun tak puas tengok sekali..harap-harap lepas ni banyak lagi citer cinta yang bukan semata-mata mengisahkan percintaan tetapi memberi pengajaran kepada penonton yang menontonnya..

    ReplyDelete