Friday, October 15, 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

a) AYAT TESIS

  • Gagasan yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.
  • Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.
  • Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

b) AYAT TOPIK

  • Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.
  • Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.
  • Penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.

c) PERENGGAN DEDUKTIF

  • Perenggan ke-19 ( perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana.)

PERENGGAN INDUKTIF

  • Perenggan ke-16 ( Mungkin sedikit mengecewakan....menjarakkan lagi rantaian social antara mereka.)

PERENGGAN DEDUKTIF KOMPLEKS

  • Perenggan ke- 4 ( Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar….Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.)

d) PERENGGAN PENGENALAN

  • Menggunakan teknik Analogi, Ungkapan dan Falsafah.

e) PERENGGAN PENUTUP

  • Guna teknik membuat ramalan.

f) PERENGGAN TRANSISI

  • Antara perenggan 10 dan 11.

    Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya….Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP…

g) PERENGGAN DIALOG

  • " Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)….dikemukakan dengan tertib dan aman."

h) CIRI-CIRI PERENGGAN YANG BAIK

  • Kepautan : perenggan ke-4 Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ….

    Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP….

  • Kejelasan : Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum palajar melangkah ke luar.
  • Kesatuan : perenggan ke-19.Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun….

i) TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

  • Menggunakan teknik sebab dan akibat.- cth: mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan.
  • Teknik tesis-percontohan – cth: proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihanraya umum.
  • Teknik mendefinisikan idea – cth : pelaksanaan e-undi di Universiti sebagai pengganti kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP.




Monday, October 4, 2010

ULASAN FILEM


Filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel yang ditulis oleh Ahadiat Akashah ini memang hebat!!...penuh perasaan dan menyentuh jiwa..saya sudah tiga kali menontonnya tetapi tidak pernah jemu kerana jalan cerita filem ini sangat tidak membosankan dan ditambah pula dengan barisan pelakon yang mantap seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que haidar dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan Kasyah yang dilakonkan oleh Farid Kamil bersama rakan-rakannya, Sapi, Man dan CinCai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana selalu dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap Kasyah telah mula berubah dengan kemunculan pelajar baru iaitu Ayu. Ayu adalah satu-satunya perempuan yang telah berjaya menambat hati kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula setelah dicabar oleh Ayu untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman dan berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu.Azmi hampa apabila cintanya ditolak oleh Ayu dan dia telah merencanakan sesuatu untuk membolehkan bernikah dengan Ayu.Kerana bimbangkan penyakit ibunya, akhirnya Ayu dalam keadaan serba salah terpaksa menerima lamaran daripada Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan, dan sering membelasah Ayu. Pada satu malam, Ayu yang tidak tahan akibat dibelasah teruk oleh suaminya bertindak melarikan diri dengan kereta. Dalam emosi yang tertekan, Ayu telah hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah dan mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini barwajah baru tampil sebagai Emilia.

Ayu/Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an daripada Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa mula mengetahui segalanya tentang Ayu/Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Pada suatu hari, Azmi telah memukul emilia sekali lagi sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri. Akibatnya, Emilia telah hilang ingatan. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagiaan yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama.Ayu/Emilia telah meninggal dunia setelah melahirkan bayi perempuan.

Teknik pengcahayaan yang digunakan agak tidak memuaskan. Contoh yang dapat dikenalpasti kesilapan teknikal oleh krew dan jurugambar yang bartugas ialah dimana gambar kaki krew yang bertugas nampak pada kaca mata hitam yang dipakai oleh Kasyah semasa 'act'.

Saya suka filem ini kerana ia menceritakan sebuah pengorbanan dalam dunia cinta. Lagipun pelakon 'hero' dan 'heroin'dalam cerita ini memang sudah dikenali ramai dan menjadi penguat cerita untuk tontonan peminat mereka. Saya sendiri meminati lakonan mereka! Nampak macam 'real' saja.

Saya rasa cerita ini sesuai untuk tontonan semua lapisan umur dan boleh dijadikan ikhtibar dalam kehidupan kita. Saya tidak sabar untuk menunggu sambungan cerita ini….semoga sambungan cerita yang akan datang lebih gempak daripada sebelum ini…sekian……………

Friday, August 13, 2010

Beginikah kita...........

Beginikah kita.....
Insan lalai dan leka
Mudah terpedaya dan percaya
Pada hasutan syaitan durjana

Untuk mengisi kekosongan neraka..

Beginikah kita.....
Terlalu alpa dengan duniawi
Mengharungi rencah-rencah kehidupan kini
Yang penuh onak dan duri
Mampukah kita berdiri
Menghadapi cabaran yang belum pasti


Beginikah kita.....
Hidup di perantauan
Untuk mencari segunung pengalaman
Menggapai cita-cita di awangan
Demi kejayaan di masa hadapan


Beginikah kita.....
Harapan dan pengorbanan
Dimanakah noktahnya
Entah siapa yang tahu
Perjuangan mesti diteruskan
Walau apa jua rintangan
Doaku semoga semua impian
menjadi satu realiti yang pasti

amin......

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

1) Bernada puitis
-kata-kata indah dan lembut
-contohnya..
Terlalu alpa dengan duniawi
Mengharungi rencah-rencah kehidupan kini
Yang penuh onak dan duri


2) Bersifat imaginatif dan figuratif
- Menggunakan bahasa tersirat dan indah
-Contohnya..
  • Metafora -Untuk mencari segunung pengalaman
  • Unsur perulangan : Anafora - beginikah kita

3) Menggunakan wacana pelukisan
-iaitu membantu penulis menggambarkan perasaan & pengalamanya.
- contohnya :
Hidup di perantauan
Untuk mencari segunung pengalaman
Menggapai cita-cita di awangan
Demi kejayaan di masa hadapan


4) Bersifat ketaksamaan ( ambiguiti)
- menggunakan bahasa tersirat
- contonya :
Pada hasutan syaitan durjana
Untuk mengisi kekosongan neraka..

5) Bersifat komunikatif
-penulis menggambarkan perasaannya.
- contohnya :
Entah siapa yang tahu
Perjuangan mesti diteruskan
Walau apa jua rintangan
Doaku semoga semua impian
menjadi satu realiti yang pasti











Saturday, July 24, 2010

Detik perjuanganku.....

Assalamualaikum...

Terdetik hati ini untuk meluahkan sepatah dua kata...
dalam keghairahan mengejar cita-cita ini,terlalu banyak pengorbanan dan liku2 yang terpaksa aku tempuhi sepanjang dua tahun lebih menuntut ilmu di sintok ini, uum telah menjadi satu destinasi persinggahanku untuk mencari bekalan ilmu sebagai pelengkap kehidupan di masa hadapan..tetapi aku bersyukur kepada ilahi kerana menganugerahkan kesihatan yang baik dan keupayaan untuk aku menghabiskan pembelajaranku selagi masih ada hayat...
dan akhir kata, perjuanganku ku bukan setakat disini sahaja.....................